Selasa, 31 Mac 2009

Doa-doa Majlis Rasmi

Doa Mesyuarat Agung PIBG

الحمد لله رب العلمين و الصلاة و السلام علي سيدنا محمد اشرف الأنبياء و المرسلين و علي آله و صحبه أجمعين.

Ya Allah,

Kami berkumpul pada pagi ini, untuk menyatakan kesyukuran kami diatas nikmat yang engkau berikan. Kami berkumpul pada pagi ini, untuk menyatakan kesyukuran kami atas nikmat keamanan dan kesihatan. Yang mana dengan nikmat itu kami dapat berkumpul pagi ini untuk sama-sama berbincang, bertukar-tukar pendapat demi memajukan sekolah ini.

Ya Zaljalaliwalikram,

Berkatilah majlis ini, kurniakanlah rahmah dan hidayahMu , agar Mesyuarat Agung PIBG pada pagi ini berjalan dengan lancar dan penuh dengan kebaikan. Semoga dengan inayahMu jua kami mendapat idea-idea yang baik dan bernas untuk memajukan dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar sekolah ini.


Ertinya:

Ya Allah! Perbaikilah hubungan silaturrahim diantara kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan pada pendengaran dan penglihatan kami , hati-hati kami dan isteri kami , keturunan kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang , jadikanlah kami orang yang bersyukur di atas nikmat-nikmatMu, sentiasa memuji nikmat pemberianMu, menerima dengan redha pemberian nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.

Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umur kami hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan kami hingga kesudahannya dan sebaik-baik hari kami disaat kami bertemuMu.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما و تفرقنا من بعده تفرقا معثوما..

ربنا آتنا في الدني حسنة و في الأخرة حسنة و قنا عذاب النار

Tiada ulasan:

Catat Ulasan