Selasa, 31 Mac 2009

Doa Peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العلمين و الصلاة و السلام علي سيدنا محمد اشرف الأنبياء و المرسلين و علي آله و صحبه أجمعين.

Ya Ar Hamarrahimin.. Berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat dan kurniaan kasih sayang dariMu..

Ya Allah sesungguhnya kami berkumpul pada hari ini untuk menyatakan ketaatan kami terhadap perintahMu dan hukum yang Engkau turunkan dan redha kami diatas ketetapan Qadak dan qadarMu..

Yazaljalaliwal ikram,

Sesungguhnya ditanganMulah kekuasaan menentukan segala sesuatu.. Engkau maha berkuasa memberikan kejayaan kepada orang yang engkau kehendaki dan berkuasa menggagalkan orang yang engkau kehendaki.

Kami bermohon kepadamu agar engkau masukkan kami kedalam golongan yang engkau beri kejayaan kehidupan didunia dan di akhirat..

Ya Allah Ya tuhan kami, Kami bertawakkal dan menyerah keputusan kepadaMu ya ALlah .

sesungguhnya pelajar kami telah bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR yang telah mereka lalui.

Mudah-mudahan dengan pertolongan dan petunjukMu , pelajar-pelajar kami yang selesai menduduki PMR tahun ini lulus dengan cemerlang dan mencapai target mereka untuk mendapat A dalam setiap subjek di dalam peperiksaan PMR nanti.

Ya Allah, jadikanlah kami dan pelajar-pelajar orang yang sabar dan tabah apabila menghadapi kesukaran dan kegagalan. Dan jadikanlah kami orang yang bersyukur, tawaduk dan taat kepadaMu apabila menikmati kejayaan dan kecemerlangan nanti.

اللهم إنا نعوذبك من علم لا ينفع , و من قلب لا يخشع و من نفس لا تشبع , و من دعوة لا يستجابلها.

Ya Allah kami berlindung denganmu daripada ilmu yang tidak memberi manafaat, hati yang tidak khusuk, daripada jiwa yang tidak tenang dan daripada doa yang tidak diperkenankanmu..

Jadikanlah mereka sebagai seorang yang taat kepada kedua ibubapa mereka dan menyayangi keduanya. Sebagaimana kedua dua ibubapa mereka menyanyangi mereka dan mengharapkan agar mereka menjadi anak yang berguna kepada bangsa dan agama.

Jadikanlah pelajar-pelajar ini pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi dan sentiasa dan menghormati guru-guru mereka dimana sahaja mereka berada.

Jadikanlah anak-anak kami ini seorang insan yang berjiwa besar, sebagai pemimpin yang bertaqwa di masa depan dan menjadi warganegara yang berguna.

Jauhkanlah mereka Ya Allah dari sifat malas, lemah, mudah berputus asa, lalai dan semua sifat negatif dan keji, yang boleh merosakkan diri dan kehidupannya.

Lindungilah mereka dari segala perangai yang buruk, perkara yang jahat dan maksiat yang boleh merosakkan diri dan kehidupan mereka.

Jadikanlah mereka orang yang mudah bertaubat apabila melakukan dosa, orang yang mudah memohon maaf apabila melakukan kesilapan samada kesalahan terhadap ibubapa mereka, guru-guru mereka dan sesiapa sahaja.

Jadikanlah pelajar kami disekolah ini sebagai pelajar yang beriman yang taat kepada segala perintahmu dan menjadi pelajar yang soleh.




Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umur kami hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan kami hingga kesudahannya dan sebaik-baik hari kami disaat kami bertemuMu.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما و تفرقنا من بعده تفرقا معثوما..

Ya Allah jadikanlah perhimpunan kami pada hari ini perhimpunan yang dirahmati dan diredhai,

ربنا آتنا في الدني حسنة و في الأخرة حسنة و قنا عذاب النار

Tiada ulasan:

Catat Ulasan